Jumaat, 11 Julai 2008

Nama Syarikat Telah Didaftarkan

Hari ni, saya telah bertolak ke SSM bersama seorang rakan untuk mendaftar nama syarikat saya iaitu "VALINA RABBITARY AGRO FARM". Akhirnya, dalam masa sejam, saya dah dapat sijil pendaftaran setelah hanya membayar RM 70.

Sebelum ni, saya pernah cuba mendaftar secara online melalui laman MyGoverment, tapi setelah mengambil masa 2 bulan, akhirnya saya malas nak teruskan kerana banyak 'songeh'. Walaupun dengan pergi sendiri ke SSM dan perlu membayar lebih RM 10 dari yang kita buat secara online, saya rasa berbaloi.

Setelah saya telah dibawa melawat ke ladang seorang kawan sambil berbincang panjang. Hampir pukul 4 petang ni, baru saya sampai ke tempat tinggal. Insya'allah... saya akan mengumumkan perkembang dari masa ke semasa perkembangan syarikat ini pada anda. :D

Tiada ulasan:

Copyright � 2008, Designed by: Vorn Blogger Templates